Firman Allah s.w.t menerusi ayat pertama hingga ke-8 menerusi surah Tin,bermaksud:
"Demi buah tin dan zaitun, dan Gunung Tursina, serta negeri (Makkah) yang aman ini. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan seadanya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan-Ku mengadakan hari pembalasan) itu?Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) seadil-adil Hakim?
(Surah al-Tin,95:1-8)
Surah ini menyentuh tentang kesempurnaan kejadian manusia dan faktor kejatuhannya. Kesempurnaan kejadian manusia berlaku apabila mereka menggunakan segenap potensi yang Allah bekalkan selari dengan petunjuk dan perintah-Nya manakala kejatuhan manusia pula adalah disebabkan pengabaiannya terhadap segala anugerah Allah s.w.t itu.
Allah telah menjadikan manusia dalam sebaik-baik bentuk, mempunyai struktur yang paling indah, tegak dengan anggota yang lengkap dan normal. Ini juga dapat dibuktikan dalam surah al- Infitar, ayat ke-8 yang bermaksud:" Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan), serta menjadikan binaan tubuh badanmu sama padan dengan kekuatannya; dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, Dia menyusun kejadianmu."Manusia juga dimuliakan Allah apabila diangkat dan dipilih sebagai khalifah muka bumi.
Namun begitu, jika manusia menyalahgunakan nikmat yang diberi oleh Allah, mereka diletak serendah-rendah peringkat orang yang rendah. Ini dapat dibuktikan dalam ayat 5 yang menjelaskan bahawa Allah akan menjadikan kejadian yang mulia itu menjadi hina hingga akhirnya menjadi bahan api neraka keran kegagalan manusia sendiri mentaati Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah tidak melihat paras rupa kamu tetapi hati dan amalan kamu.
Walaubagaimanapun, golongan yang mentaati Allah dan rasul-Nya akan terselamat daripada menjadi hina. Golongan ini akan mendapat ganjaran yang tidak putus-putus daripada Allah. Pahala yang dijanjikan umapama air yang mengalir berterusan untuknya.
Dalam ayat ke 7 dan 8 pula merupakan amaran daripada Allah s.w.t kepada manusia yang melakukan pendustaan tentang hari pembalasan yang pasti berlaku. Kebanyakan manusia menolak hakikat ini sekalipun hati kecil mereka membenarkannya. Ini kerana mereka bergelumang dengan maksiat sehingga sukar untuk mereka menerima ketetapan hukuman.
Surah ini membuktikan bahawa Allah adalah seadil-adil Hakim apabila persidangan mahkamah pada hari kiamat mengembalikan hak kepada mereka yang berhak.
Sejauh manakah kita sebagai manusia mensyukuri nikmat kejadian yang diberi oleh Allah ini?
Sama-samalah kita renungkan, moga Allah tetapkan hati kita supaya terus beribadat kepada-Nya...
sumur...telaga kasih..mencari kasih yang hakiki dan abadi yang mana setiap insan dahagakannya.
Search This Blog
Sunday, October 3, 2010
Saturday, October 2, 2010
Antara sabar dan mengeluh
Hadith : |
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” Riwayat al-Hakim |
| |||
|
Subscribe to:
Posts (Atom)