siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Tuesday, December 8, 2009
Monday, October 26, 2009
Aurat wanita

1 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " [RiwayatBukhari dan Muslim]2 . Kaki ( tumit kaki )
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " [An-Nur 24:31]
3.Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." [Riwayat Nasaii , IbnKhuzaimah dan Hibban]
4 . Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." [An-Nur 24:31]
5 . Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." [Riwayat At-Thabrani]"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
6 . Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."
a ) bersolek ( make-up )
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7 . Muka dan Tangan
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah: "Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadisyang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badankecuali pergelangan tangan dan wajah saja." [Riwayat Muslim dan Bukhari]
8 . Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " [Riwayat At Tabrani dan Baihaqi]
9 . Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" [An-Nur 24:31]"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan." [Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi]
10 . Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " [Al-Ahzab 33:32]"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain ,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "[Riwayat Ibn Majah]
11 . Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)." [An-Nur24:31]"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulanRamadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al Bazzar]"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." [Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah]
12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akanmemberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " [Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah]"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untukmelakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akanmencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
a ) Berpakaian tipis / jarang
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu danisteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi mahapenyayang." [Al Ahzab 33:59]
13 . Bulu kening
MenurutBukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulukening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)." [Riwayat Abu DaudFi Fathil Bari]"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut, malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohonkeampunan Allah untuknya "
p/s : petikan dari slave of Allah
Tiket perjalanan yang percuma..
Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
• amal solah • sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.
Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang... Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."
p/s: artikel daripada ahli persatuan usrah UPM
www.iluvislam.com

Sunday, October 25, 2009
Baitul muslim :)
Baitul muslim??? Rumahtangga muslim...bagaimana tu?Pada 24 Oktober 2009, saya pergi ke Karnival Wanita dan Keluarga anjuran ISMA (ikatan muslimin malaysia) di Surau Al-Khauthar, Bangi. Pelbagai aktiviti ada di sana antaranya:
1. pertandingan 'kucingku comel'
2. pertandingan memasak
3. gerai jualan dan pameran
4. pemeriksaan kesihatan percuma
5. pertandingan mewarna dan permainan IQ utk kanak-kanak
6. ceramah
Seronok berada di sana. Masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Boleh jumpa dengan akhwat2 di sana. Ceramah tentang 'Baitul muslim' disampaikan oleh Ustaz Rusydi. Antara intipatinya adalah bagaimana untuk membentuk rumahtangga muslim. Rumahtangga muslim adalah menjadi idaman setiap insan. Mempunyai pasangan yang saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain serta anak-anak yang soleh dan solehah. Sang suami perlulah membantu sang isterinya dalam membuat kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak. Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan dakwah Islamiyah. Bak kata pepatah, anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang perlu mencorakkannya. Kekerasan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Mereka perlu dididik dengan cara yang berhikmah. Yang paling penting, ibubapa sendiri adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak.

Impianku..

Wednesday, October 21, 2009
coretan hati..
Tinggal dua minggu lagi untuk menghabiskan praktikum di sekolah. Perasaan bercampur baur. Kadangkala gembira kadangkala sedih..Yang pasti banyak yang telah dipelajari untuk menjadi seorang guru.
Bila membaca entry seorang sahabat juga mengenai sahabat, membuatkan saya terfikir betapa pentingnya menjaga sebuah persahabatan. Sahabatlah yang dapat membantu kita ketika susah dan senang. Sahabat juga boleh menegur kita andai kita terbabas dari landasan yang betul. Rindu saya kepada seorang akhwat semasa di SMKTB. Dialah yang memulakan usrah di sekolah kami. Walaupun hanya dalam kumpulan yang sangat kecil namun ukhuwah yang terbina itu kukuh. Apabila tamat persekolahan, semuanya membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah..keputusanku untuk masuk institut perguruan menemukanku kembali dengan usrah. Diri ini amat memerlukan pengisian rohani. Terasa amat kosong bila tiada pengisian dalam diri.. Bagiku, ketika muda inilah perlu mencari sesuatu untuk diri sendiri, menambah ilmu agama agar diri ini tidak terus hanyut.
Tempoh pengajian di institut ini dah hampir tamat. Terdetik dalam hati ini kemanakah diri ini akan ditempatkan nanti..Masih berpeluangkahku untuk menyertai usrah lagi..kepada sahabat-sahabatku..terima kasih untuk segalanya..doakan agar persahabatan ini kekal untuk selamanya.
coretan hati...

Sunday, October 18, 2009
Adakah kita bersyukur??
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakankamu (dari yang tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati(untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". (Al-Mulk : 23)
Hakikat bahawa Allah Taala yang menciptakan manusia merupakan hakikat yang mendesak akal manusia dan kekukuhannay terbukti sukat digugat. Manusia, merupakan makhluk yang paling mulia, berilmu dan berupaya berbanding makhluk yang lain. Akan tetapi ia tidak mencipta diri sendiri. oleh sebab itu tudak dapat dinafikan bahawa wujud di sana pihak yang lebih mulia, lebih berilmu dan lebih berupaya berbanding manusia, yang telah mencipta manusia. Tiada jalan kecuali mengakui adanya Pencipta...
Al-Quran menyebut hakikat ini untuk mengingatkan tentang medium pengetahuan yang dibekalkan oleh Allah untuk manusia..."dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati".. dan apa pula balasan manusia terhadap nikmat-nikmat ini; nikmat diciptakan, nikmat pendengaran , penglihatan dan hati: "amatlah sedikit kamu bersyukur"
Penglihatan dan pendengaran merupakan dua ciptaan yang ajaib, yang mempunyai ciri-ciri yang menakjubkan. mata yang dikurniakan untuk kita melihat alam ciptaanNya, kebesaranNya dan telinga diberi untuk kita mendengar. Hati pula, yang diungkap dalam Al-Quran sebagai kekuatan untuk memahami dan mengetahui, merupakan ciptaan yang paling menakjubkan dan pelik. Sehingga sekarang tidak banayak yang diketahui tentangnya. Ia adalah rahsia AllahTaal didalam makhlukNya yang unik ini. Dengan segala kurniaan hebat yang dianugerahkan kepada manusia untuk memikul amanah yang besar itu, manusia tetap tidak bersyukur: " amatlah sedikit kamu bersyukur"...satu hakikat yang amat memalukan bila diingati.
Sejauh mana kita menyatakan rasa syukur terhadap kurniaan Allah? ungkaplah kalimah "Alhamdulillah.." Gunakanlah nikmat yang diberi ini sebaik-baiknya dan ke jalanNYA..
mata : melihat kebesaran ciptaanNYA.
telinga : mendengar kalimah2 suci
mulut : mengungkapkan kalimah syukur..
tangan : melakukan amal jariah ke jalanNYA
kaki : melangkah ke jalan yang diredhaiNYA
hati: menyatakan rasa syukur terhadap kurniaanNYA..
Terlalu banyak cara yang boleh kita tunjukkan rasa syukur terhadap kuniaan Allah..Namun semuanya terletak pada diri sendiri.

Saturday, October 3, 2009
Bukan sekadar mengajar...

Tinggal lebih kurang sebulan lagi untukku habiskan praktikal sebagai seorang guru pelatih.
selepas ini saya akan melangkah ke alam pekerjaan..insyaAllah
sebagai seorang guru.
Sepanjang menjalani praktikal di sekolah,
banyak suka dan duka.
Baru ku sedar bahawa sangat sukar untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan komited pada tugasnya. Semua ini membuatkanku mengimbau kembali kenangan ketika diri ini masih kecil dan bersekolah.Betapa sukarnya guru-guru mendidikku sehingga menjadi seperti sekarang. Kini, saya pula bakal menjadi seorang guru. Saya bukan sekadar mahu mengajar tapi mendidik generasi baru agar menjadi generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bagiku, sifat dan perlakuan itu lebih penting dalam membentuk diri sendiri. Bukan semata-mata pada sejauh mana tahap pencapaian seseorang itu. Jika seseorang itu berpelajaran tinggi namun kelakuaannya tidak baik..ianya sia-sia.
Namun...bagaimanakah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap pembelajaran? Bagaimanakah untukku mendidik anak-anak yang akan menjadi tonggak harapan bangsa dan agama?Bagaimana untuk membentuk anak-anak agar menjadi generasi rabbani yang cinta pada Allah?
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam mendidik anak-anak ini..
Harap sahabat-sahabat dapat berkongsi pendapat dgn saya.
Sekian,
Bakal pendidik
Nur zhafirah
Subscribe to:
Posts (Atom)