Search This Blog

Sunday, October 3, 2010

Kesempurnaan ciptaan manusia

Firman Allah s.w.t menerusi ayat pertama hingga ke-8 menerusi surah Tin,bermaksud:

"Demi buah tin dan zaitun, dan Gunung Tursina, serta negeri (Makkah) yang aman ini. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan seadanya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan-Ku mengadakan hari pembalasan) itu?Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) seadil-adil Hakim?
(Surah al-Tin,95:1-8)

Surah ini menyentuh tentang kesempurnaan kejadian manusia dan faktor kejatuhannya. Kesempurnaan kejadian manusia berlaku apabila mereka menggunakan segenap potensi yang Allah bekalkan selari dengan petunjuk dan perintah-Nya manakala kejatuhan manusia pula adalah disebabkan pengabaiannya terhadap segala anugerah Allah s.w.t itu.

Allah telah menjadikan manusia dalam sebaik-baik bentuk, mempunyai struktur yang paling indah, tegak dengan anggota yang lengkap dan normal. Ini juga dapat dibuktikan dalam surah al- Infitar, ayat ke-8 yang bermaksud:" Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan), serta menjadikan binaan tubuh badanmu sama padan dengan kekuatannya; dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, Dia menyusun kejadianmu."Manusia juga dimuliakan Allah apabila diangkat dan dipilih sebagai khalifah muka bumi.

Namun begitu, jika manusia menyalahgunakan nikmat yang diberi oleh Allah, mereka diletak serendah-rendah peringkat orang yang rendah. Ini dapat dibuktikan dalam ayat 5 yang menjelaskan bahawa Allah akan menjadikan kejadian yang mulia itu menjadi hina hingga akhirnya menjadi bahan api neraka keran kegagalan manusia sendiri mentaati Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah tidak melihat paras rupa kamu tetapi hati dan amalan kamu.

Walaubagaimanapun, golongan yang mentaati Allah dan rasul-Nya akan terselamat daripada menjadi hina. Golongan ini akan mendapat ganjaran yang tidak putus-putus daripada Allah. Pahala yang dijanjikan umapama air yang mengalir berterusan untuknya.

Dalam ayat ke 7 dan 8 pula merupakan amaran daripada Allah s.w.t kepada manusia yang melakukan pendustaan tentang hari pembalasan yang pasti berlaku. Kebanyakan manusia menolak hakikat ini sekalipun hati kecil mereka membenarkannya. Ini kerana mereka bergelumang dengan maksiat sehingga sukar untuk mereka menerima ketetapan hukuman.

Surah ini membuktikan bahawa Allah adalah seadil-adil Hakim apabila persidangan mahkamah pada hari kiamat mengembalikan hak kepada mereka yang berhak.

Sejauh manakah kita sebagai manusia mensyukuri nikmat kejadian yang diberi oleh Allah ini?
Sama-samalah kita renungkan, moga Allah tetapkan hati kita supaya terus beribadat kepada-Nya...

Saturday, October 2, 2010

Antara sabar dan mengeluh

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
Riwayat al-Hakim

Huraian
1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Tuesday, September 28, 2010

Teguran itu penting

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahag kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Pejam celik dah 9 bulan mengajar..cepat betul masa berlalu. Pelbagai perkara berlaku sepanjang mengajar di sekolah. Suka, duka, pahit dan manis semuanya ada. Apa yang membuatkan saya kagum mengajar di sekolah luar bandar ini ialah semangat kekitaan di kalangan orang kampung di sini. Jika ada program di sekolah, ibubapa sentiasa menghulurkan bantuan.Contohnya semasa perkhemahan tahunan pada bulan Julai yang lepas. Kami adakan 1 hari bersama ibubapa. Peserta perkhemahan dengan ibubapa mereka akan makan tengah hari bersama. Ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara ibubapa dan murid-murid serta ibubapa dan guru-guru. Walaupun letih dek kerana kerja namun keseronokan telah dapat menghilangkan kepenatan itu. Macam-macam lagi aktiviti yang diadakan di sekolah ini antaranya:-

1.Majlis Khatam Quran dan berbuka puasa
2.Sambutan Hari Raya
3.Sukan tahunan
4. Ekspedisi Berbasikal
5.Anugerah cemerlang


Friday, September 24, 2010

Alhamdulillah


Assalamualaikum..

Sudah lama saya x update blog ni..bukan apa, terlupa password.Puas mencuba tapi x dapat juga.Alhamdulillah, kini saya boleh update dan berkongsi lagi dengan sahabat semua.

Wednesday, February 24, 2010

Apa salah mereka??

Sudah lama tidak melayari blog ni..kekangan masa dan kesibukan kerja membuatkanku tidak dapat melayari blog ini..


Pada awal Februari lalu, kita digemparkan dengan berita-berita pembuangan bayi di negara kita. Bayangkanlah sahabatku, seminggu ada tiga kes..Astaghfirullah..apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni??Semua yang terjadi ni amat meruntun jiwaku..Apa salah anak itu?? Mereka tidak bersalah sama sekali. Mereka dilahirkan disebabkan kesilapan ibu bapa mereka sendiri. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan mereka?Anak-anak ini tidak sempat untuk menikmati kurniaan yang diberikan oleh ALLAH..mereka dibuang dan dibakar tanpa ada rasa belas kasihan.


Sebagai masyarakat, apa yang perlu kita lakukan untuk membanteras masalah ini??Bagaimana pula kita sebagai umat Islam yang ada pegangan?Bukankah kita telah diajar yang mana baik dan yang mana buruk?Renungkanlah..Semua itu terletak pada diri kita sendiri. Kita seharusnya bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai Islam dan dapat mengecapi nikmat yang dikurniakan ini. Tetapi, sejauh manakah kita menunujukkan rasa syukur kita kepada ALLAH?Nikmat Islam, Iman dan Ihsan yang di beri perlulah digunakan sebaik-baiknya. Janganlah kita cemarkannya dengan melakukan perbuatan yang diharamkan.


Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan sekarang telah berhempas pulas memikirkan cara untuk menangani masalah ini. Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh bergoyang kaki sahaja. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Jika kita tidak mengubahnya nescaya perkara ini akan tetap berlaku...


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan
[yang ditakdirkan pada] suatu kaum sebelum
mereka [berusaha] mengubah keadaan
[yang ditakdirkan pada] diri mereka sendiri.”
(QS ar-Ra’du [13]: 11)


Kita sendiri perlu menjaga kehormatan diri agar tidak dimamah oleh kemaksiatan. Jagalah diri kita sebaik mungkin. Jauhi perkara-perkara yang dilarang dan dekatkan diri dengan Allah. Kepada ibubapa, corakkanlah anak-anakmu dengan warna-warna kebaikan bukannya warna kegelapan. Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah. Baik didikannya,insyaAllah baiklah orangnya nanti. Merekalah yang akan doakan kita apabila kita mati kelak..Berdoalah agar diri kita tidak terus leka dibuai kenikmatan dunia sesungguhnya doa itu senjata mukmin"


kasihanilah mereka..


11.40 a.m

25 feb. 2010

Sek. Keb. Bukit Gemuroh

Tuesday, February 2, 2010

Apa nak jadi dengan negara kita sekarang?

Kalau kita tengok kat televisyen dan baca di dada-dada akhbar sekarang ni..macam-macam masalah yang berlaku kat negara kita..bunuh-bunuh berlaku sewenang-wenangnya, bakar tempat ibadat, rasuah dan banyak lagi.. apa nak jadi dengan masyarakat sekarang??bila nak cari jalan yg terbaik dan selesai secara baik?Tak sanggup lihat negara kita yang dahulu aman damai tetapi sekarang makin lama makin tenat..

Tuesday, January 26, 2010

DILEMA MALAS SEMBAHYANG

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
Hidup senang rezeki datang melimpah
Nak dirikan sembahyang, rakan baik syaitan suruh lengah-lengahkan
Allah tarik nikmatmu, sampai nangis keluar air mata darah barulah padah

Apasal laa aku malas sembahyang
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan kah lebih baik baik daripada tiang.
Berdiri tanpa roh malam dan siang

Apasal laa aku malas sembahyang
Kerja dah best, keluarga pun dah senang
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang

Apasal laa aku malas sembahyang
Tengok TV, main bola sanggup sampai petang
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang??!!

Apasal laa aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur aku bukannya panjang
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang

Apasal laa aku malas sembahyang
Selesa neraka cubalah aku bayang
Pengalaman akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taal akan tertunai tak siapa boleh halang..!!

Sunday, January 24, 2010

Renungkanlah Hawa

Renungkanlah Hawa
www.iluvislam.coml@IYyinUL h@Rir
editor : everjihad

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

p/s: semoga kita mendapat iktibar daripada artikel ini. Berusahalah untuk menjadi wanita
solehah..kerana sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

Saturday, January 23, 2010

CABARAN SEORANG GURU

Setelah hampir sebulan di SK Bukit Gemuroh, baru ku tahu cabaran sebagai seorang guru..walaupun sekolah di sini kecil sahaja dan bilangan muridnya sedikit tetapi cabarannya berbeza. Dialek di Kuala Berang ni agak berbeza. Kadang-kadang tak faham. Selain itu saya juga dapat belajar serba sedikit dialek sana. Kelakar juga la. Minggu lepas adalah minggu yang cukp memeningkanku..perangai murid-murid yang tidak menghormati guru mereka cukup membuatkanku marah. Setiap hari mereka memberi alasan yang sama...tak ingat la..tertinggal la..macam2 lagi. Ada sesetengahnya pula menyalahkan guru pula bila mereka tak siapkan kerja sekolah yang diberi. Latihan yang diberi bukanlah banyak dan membebankan untuk mereka. Cuma mereka malas dan tiada uasaha untuk membuatnya.
Saya cuba kaedah lain supaya mereka lebih berkelakuan baik dan berdisiplin. Saya gunakan kaedah 'reward system'. Itupun diperlekehkan oleh mereka. Kecewa rasanya hati ini..Air mata jatuh juga akhirnya..kalau boleh saya nak mengajar dalam keadaan tenang dan seronok. Bukan dalam keadaan marah dan muram..apapun mereka adalah amanahku..Akanku terus mendidik mereka agar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..

p/s : sahabat, jika ada sebarang pandangan atau pendapat, diharap dapat berkongsi.

Tuesday, January 12, 2010

wudhu'

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

Wednesday, January 6, 2010


Saya suka sangat gambar ni..suka akan warnanya yang tenang dan empat perkataan di setiap helaian daun tu memberi seribu makna. PATUH, SEIMBANG,FOKUS,BERSEMANGAT..
Ini tafsiranku mengenai keempat-empat perkataan itu untuk diriku:
1. PATUH : patuh kepada kedua orang tuaku yang selama ini menjagaku dan melayan kerenah anaknya ini dan yang terutama sekali adalah patuh kepada ALLAH s.w.t yang menciptakan diri ini. Melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNYA.
2. SEIMBANG : seimbang dunia dan akhirat. bagiku kerja pun kerja juga..akhirat jangan dilupakan..
3. FOKUS : fokus kepada kerjaya dan misi yang akan dilaksanakan..insyaAllah
4. BERSEMANGAT : sentiasa bersemangat melakukan sesuatu perkara dan amanah yang diberikan.

Tahun baru...lembaran baru...2010

Assalamualaikum..salam tahun baru

Dah lama tak buka blog ni...agak sibuk sampai tak sempat..
Belajar dah habis.Sekarang saya mulakan kerjaya sebagai seorang guru di SK. bukit Gemuroh di negeri kelahiran sendiri. Sekolah tersebut agak jauh di Hulu Terengganu. Kira-kira 45 minit dari rumah.Agak jauh tapi InsyaAllah demi untuk berbakti kepada sekolah,akanku gagahi diri ini juga. Sekolah ini merupakan sekolah yang kecil saja.Bilangan muridnya tidak terlalu ramai. Walaubagaimanapun, berdebar juga rasanya untuk mendidik dan membimbing mereka agar mereka boleh menjadi insan yang berguna dan berjaya suatu hari nanti.InsyaAllah,akanku cuba...Suasana kat kawasan sekolah ni tenang sekali..tidak perlu mendengar bunyi deruman enjin kenderaan.Sekelilingnya ditumbuhi tumbuhan hijau dan rumah-rumah kampung.

Guru baru SKBG
7/1/2010