Baitul muslim??? Rumahtangga muslim...bagaimana tu?Pada 24 Oktober 2009, saya pergi ke Karnival Wanita dan Keluarga anjuran ISMA (ikatan muslimin malaysia) di Surau Al-Khauthar, Bangi. Pelbagai aktiviti ada di sana antaranya:
1. pertandingan 'kucingku comel'
2. pertandingan memasak
3. gerai jualan dan pameran
4. pemeriksaan kesihatan percuma
5. pertandingan mewarna dan permainan IQ utk kanak-kanak
6. ceramah
Seronok berada di sana. Masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Boleh jumpa dengan akhwat2 di sana. Ceramah tentang 'Baitul muslim' disampaikan oleh Ustaz Rusydi. Antara intipatinya adalah bagaimana untuk membentuk rumahtangga muslim. Rumahtangga muslim adalah menjadi idaman setiap insan. Mempunyai pasangan yang saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain serta anak-anak yang soleh dan solehah. Sang suami perlulah membantu sang isterinya dalam membuat kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak. Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan dakwah Islamiyah. Bak kata pepatah, anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang perlu mencorakkannya. Kekerasan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Mereka perlu dididik dengan cara yang berhikmah. Yang paling penting, ibubapa sendiri adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak.
Impianku..
No comments:
Post a Comment