Tinggal dua minggu lagi untuk menghabiskan praktikum di sekolah. Perasaan bercampur baur. Kadangkala gembira kadangkala sedih..Yang pasti banyak yang telah dipelajari untuk menjadi seorang guru.
Bila membaca entry seorang sahabat juga mengenai sahabat, membuatkan saya terfikir betapa pentingnya menjaga sebuah persahabatan. Sahabatlah yang dapat membantu kita ketika susah dan senang. Sahabat juga boleh menegur kita andai kita terbabas dari landasan yang betul. Rindu saya kepada seorang akhwat semasa di SMKTB. Dialah yang memulakan usrah di sekolah kami. Walaupun hanya dalam kumpulan yang sangat kecil namun ukhuwah yang terbina itu kukuh. Apabila tamat persekolahan, semuanya membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah..keputusanku untuk masuk institut perguruan menemukanku kembali dengan usrah. Diri ini amat memerlukan pengisian rohani. Terasa amat kosong bila tiada pengisian dalam diri.. Bagiku, ketika muda inilah perlu mencari sesuatu untuk diri sendiri, menambah ilmu agama agar diri ini tidak terus hanyut.
Tempoh pengajian di institut ini dah hampir tamat. Terdetik dalam hati ini kemanakah diri ini akan ditempatkan nanti..Masih berpeluangkahku untuk menyertai usrah lagi..kepada sahabat-sahabatku..terima kasih untuk segalanya..doakan agar persahabatan ini kekal untuk selamanya.
coretan hati...
No comments:
Post a Comment