Search This Blog

Saturday, October 3, 2009

Ke manakah halatuju anda?


Ke manakah halatuju anda sebenarnya?
Jahiliyah atau Islam?
Semuanya terletak pada diri anda sendiri..
Tepuk dada tanyalah iman.

Jika Islam pilihan anda..masuklah secara keseluruhannya..
Amalkan ajaran Islam secara keseluruhannya.

"Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dgn mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang terang dan nyata". (2:208)

Adakah kita telah mengamalkan segala ajaran Islam?Bagaimanakah untuk menjadi seorang muslim yang sejati?sesungguhnya, jika kita menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kita..Mungkin bagi sesetengah orang fikir bahawa mereka tiada masa untuk mencari pengisian untuk diri sendiri kerana sibuk mencari kesenangan hidup. Namun, adakah kesenangan hidup hanya semata-mata dengan wang ringgit?Bagaimana dengan rohani kita? Sanggupkah kita biarkan hati kita kosong dan dahaga dengan ilmu agama? Sedangkan perut yang kosong boleh kita isi, kenapa tidak hati? Semuanya terletak pada diri kita sendiri..

Penutup
Cubalah sahabat-sahabat luangkan sedikit waktu untuk menambah bekalan dalam diri agar dapat menjadi generasi Islam yang utuh dan kuat. Sama-samalah kita berjuang untuk Islam. renungan ini bukan sahaja sebagai ingatan untuk sahabat tapi untuk diriku ini sendiri agar tidak leka.

1 comment:

  1. apa yang dikatakan itu memang betul.. apa yang berlaku sekarang, semuanya balik pada kita sendiri.. IMAN lah yang paling berharga dalam diri. tiada IMAN tiada lah islam dalam diri. bila IMAN menyinari diri, hidup bersyariat, kebahagiaan dunia akhirat..

    ReplyDelete